Filem : Step Up Revolution

6:37 AM Najib Zainal 0 Comments





Salam Sejahtera Semua...


              Hari ni aku nak cakap pasal filem tarian #1 di dunia iaitu StepUp Revolution.. Aku yakin sesiapa yang tahu dan mengikuti perkembangan cerita ni pasti puas la tengok cerita ni..


kali ni tengok 3D boleh bawak balik cermin mata


                  Setiap sequel StepUp Movie pasti ada tujuan , dan tujuannya kita dapat lihat dengan jelas..Kali ini StepUp Revolution membawa tarian berbentuk MOB dan tujuannya hanya satu iaitu untuk memenangi USD $1 000 000 000.00 dari laman YouTube tetapi dengan syarat video mereka perlu berada di tangga teratas untuk tontonan paling ramai.


                   





                      Cerita kali ini tidak begitu membosankan dan boleh dikatakan sepanjang cerita ini kita dihidangkan dengan gaya tarian yang menarik..Pada permulaan cerita sahaja kita akan melihat mereka beraksi di atas jalan raya..kemudian persembahan seterusnya adalah di muzium seni antarabangsa dan tempat makan bertaraf 5bintang..

                       Sedang mereka asyik berfikir untuk melakukan aksi yang seterusnya..sebuah syarikat Anderson Global Properties mengeluarkan satu notis untuk merobohkan tempat mereka tinggal untuk membina sebuah pusat pelancongan...mereka berasa tidak berpuas hati lalu merancang untuk protes terhadap syarikat tersebut melalui Flash Mob di dalam bangunan syarikat tersebut...



                             Selepas video protes mereka mencecah 1 juta tontonan kurang dari 2 jam..projek yang akan dikendalikan syarikat tersebut bakal dibatalkan jika mendapat undian yang banyak...Dan pada saat itu mereka hampir memenangi wang kemenangan tersebut , rahsia Emily terbongkar dan hampir kesemua orang tahu yang Emily itu adalah anak kepada Bill Anderson pemilik syarikat Anderson Global Properties...

                              Pada akhir cerita ini adalah yang paling dinantikan apabila kesemua penari seluruh U.S berkumpul menunjukkan siapa mereka sebenarnya dan tujuan mereka...Dan yang paling utama sekali ialah "Moose Is Back"...siapa minat cerita ni dia tahu siapa Moose..


Moose Is Back



                               Cerita Step Up kali ni memang terbaik antara yang terbaik...Ceritanya penuh dengan mesej..nak tahu apa mesejnya..pergilah tengok sendiri...Rating memang best punya 5 bintang...Dekat bawah ni ada sedikit video "Dance Scene" dari dalam filem..Enjoy...




"Opening Sequence"



"Office Mob"



"We Are The Mob"



...najib zainal...


0 comments:

Filem : Snow White and The Huntsman

1:44 AM Najib Zainal 0 Comments






Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

            
             "Mirror Mirror on the wall , what movie is the best of them all"....Sudah tentulah filem Snow White and The Huntsman...aku sebenarnya memang tidak berniat untuk menonton filem ni..tetapi apabila sepupu aku cakap yang cerita ni "best" aku pun pergilah...




              Sebenarnya aku nak tengok cerita ni pada 16 Jun 2012...tetapi pada hari aku nak beli tiket..cerita ni telah di"mark" merah sebagai tanda "Sold Out"...jadi aku pun pilih 17 Jun 2012 untuk tonton cerita ni...


                Cerita Snow White and The Huntsman ni tidak seperti cerita Snow White yang korang pernah baca buku ceritanya atau mak korang pernah ceritakan atau cerita kartun yang diterbitkan oleh Walt Disney Picture...cerita Snow White kali ni lebih kepada pengembaraan...


Kristen Stewart sebagai Snow White

                  Walaupun cerita ini diubah hampir 65 peratus...tujuan cerita asalnya masih sama dengan cerita yang pernah korang dengar iaitu kejahatan Permaisuri yang sentiasa inginkan kecantikan yang abadi...dan buah epal merah sekali lagi menjadi bahan utama untuk meracuni gadis bernama Snow White...

                   Ceritanya bermula dengan kelahiran Puteri Raja yang diberi nama Snow White(Kristen Stewart) dan pada usianya yang masih mentah , ibunya pula meninggal dunia..Kerajaan yang diketuai oleh bapa Snow White telah diancam oleh kuasa luar yang ingin berperang...setelah kesemua musuh tumpas , Raja menemui seorang banduan wanita lalu membebaskan wanita tersebut dan mengahwininya...


Charlize Theron sebagai Reveana / Evil Queen

                        Kalau aku cerita , korang boleh faham sebab permulaan , dan ada sedikit babak di pertengahan cerita sama dalam buku...yang lainnya adalah Snow White melarikan diri ke Dark Forest yang menyeramkan...oleh kerana Evil Queen(Charlize Theron) mendapat tahu yang darah Snow White mampu memberikan kecantikan abadi kepada dirinya...dia menyuruh seseorang yang digelar Huntsman(Chris Hemsworth) pergi mencari Snow White...


Chris Hemsworth sebagai Huntsman

                           Kalau dalam buku...Snow White yang mati akibat makan buah epal beracun akan hidup semula selepas dicium oleh Putera Raja...tetapi dalam cerita kali ini , Snow White hidup kembali selepas dicium oleh Huntsman...dan watak yang tidak boleh dilupakan adalah 7 orang kerdil sebagai pelengkap cerita...

                             Di akhir cerita...Snow White menggunakan kuasanya sebagai waris sah pemerintahan dan mengetuai pasukan tentera untuk menyerang istana yang didiami Evil Queen...dalam cerita ini juga , Snow White sahaja yang mampu membunuh Evil Queen untuk menamatkan pemerintahannya...akhirnya Snow White telah dimahkotakan sebagai Permaisuri yang sah...

                               Cerita ini tidak rasa bosan untuk ditonton kerana jalan ceritanya penuh dengan pengembaraan dan aksi...aku boleh katakan cerita ni sama seperti cerita Lord Of The Ring (Trilogy) cuma ianya lebih kepada dongeng...apapun , cerita ni memang terbaik dan aku akan bagi "rating" sebanyak 5 bintang...kalau korang nak tengok cerita ni , masih ada peluang lagi seminggu rasanya..kalau dah tak tayang kat pawagam ,beli jer DVD...pastikan yang "Original" tau..



...najib zainal...       


0 comments:

From My Lens : Hari Guru Di SMK T'Deja 2012 (part 2)

1:24 AM Najib Zainal 0 Comments



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




          Hari ni aku nak tunjuk gambar-gambar persembahan masa sambutan hari guru di SMK T'Deja yang tak dapat aku upload semalam...Klik Sini untuk gambar Part 1...

























 







                 Ini sahaja gambar yang aku dapat ambil masa sambutan hari guru...kalau korang suka salah satu gambar dalam kedua-dua entri aku ni..korang boleh "copy" pastu "upload" kat dalam Facebook korang...



...najib zainal...



0 comments:

From My Lens : Hari Guru di SMK T'Deja 2012 (part 1)

1:55 AM Najib Zainal 0 Comments



Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


              Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu SMK T'Deja dan juga cikgu-cikgu yang berada di seluruh Malaysia...Terima kasih kerana mendidik pelajar dengan penuh semangat dan kesabaran...


               Hari guru di SMK T'Deja sangat meriah..Pelbagai acara diadakan untuk merai warga pendidik SMK T'Deja...Check gambar sekitar sambutan hari guru SMK T'Deja kat bawah ni...





































             Nampak meriahkan...Ni baru sebahagian daripada gambar yang diambil...Ada banyak lagi...Kalau nak tengok lagi gambar masa persembahan...Stay tuned untuk entri yang seterusnya...Akan di-"update" secepat mungkin...


...najib zainal...



0 comments: