Filem : Step Up Revolution
Salam Sejahtera Semua...
Hari ni aku nak cakap pasal filem tarian #1 di dunia iaitu StepUp Revolution.. Aku yakin sesiapa yang tahu dan mengikuti perkembangan cerita ni pasti puas la tengok cerita ni..
kali ni tengok 3D boleh bawak balik cermin mata
Setiap sequel StepUp Movie pasti ada tujuan , dan tujuannya kita dapat lihat dengan jelas..Kali ini StepUp Revolution membawa tarian berbentuk MOB dan tujuannya hanya satu iaitu untuk memenangi USD $1 000 000 000.00 dari laman YouTube tetapi dengan syarat video mereka perlu berada di tangga teratas untuk tontonan paling ramai.
Cerita kali ini tidak begitu membosankan dan boleh dikatakan sepanjang cerita ini kita dihidangkan dengan gaya tarian yang menarik..Pada permulaan cerita sahaja kita akan melihat mereka beraksi di atas jalan raya..kemudian persembahan seterusnya adalah di muzium seni antarabangsa dan tempat makan bertaraf 5bintang..
Sedang mereka asyik berfikir untuk melakukan aksi yang seterusnya..sebuah syarikat Anderson Global Properties mengeluarkan satu notis untuk merobohkan tempat mereka tinggal untuk membina sebuah pusat pelancongan...mereka berasa tidak berpuas hati lalu merancang untuk protes terhadap syarikat tersebut melalui Flash Mob di dalam bangunan syarikat tersebut...

Selepas video protes mereka mencecah 1 juta tontonan kurang dari 2 jam..projek yang akan dikendalikan syarikat tersebut bakal dibatalkan jika mendapat undian yang banyak...Dan pada saat itu mereka hampir memenangi wang kemenangan tersebut , rahsia Emily terbongkar dan hampir kesemua orang tahu yang Emily itu adalah anak kepada Bill Anderson pemilik syarikat Anderson Global Properties...
Pada akhir cerita ini adalah yang paling dinantikan apabila kesemua penari seluruh U.S berkumpul menunjukkan siapa mereka sebenarnya dan tujuan mereka...Dan yang paling utama sekali ialah "Moose Is Back"...siapa minat cerita ni dia tahu siapa Moose..

Moose Is Back
Cerita Step Up kali ni memang terbaik antara yang terbaik...Ceritanya penuh dengan mesej..nak tahu apa mesejnya..pergilah tengok sendiri...Rating memang best punya 5 bintang...Dekat bawah ni ada sedikit video "Dance Scene" dari dalam filem..Enjoy...
"Opening Sequence"
"Office Mob"
"We Are The Mob"
...najib zainal...