Filem : 3 Temujanji
Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Tercapai juga hajat aku untuk pergi tengok cerita 3 Temujanji lakonan Yana Samsudin dan Pierre Andre...Terima kasih kepada kawan aku sebab teman aku tengok wayang hari ni...
Aku boleh cakap aku tak puas tengok cerita ni...sebab Yana Samsudin dalam cerita ni lain sangat daripada cerita2 yang pernah dia berlakon...Baru pertama kali aku dapat menghayati cerita biasanya aku lebih senang menghayati watak...cerita ni ok-lah sebab tak terlampau komedi dan tak terlampau romantik tapi sederhana...kalau "Time" gelak,dia bagi gelak habis..."Time" perlahan,memang perlahan gila...sebenarnya filem macam ni yang aku paling suka...
Cerita ni mengisahkan Reana(Yana Samsudin) yang tidak mempercayai cinta dan memegang prinsip kepada 3 Temujanji...Reana hanya akan keluar dengan lelaki yang sanggup melakukan 3 Temujanji sahaja dan kemudian mereka akan putus...Cerita ini bermula dengan kehadiran Mohsien(Pierre Andre) yang tidak jadi berkahwin dengan Ladyra(Wawa Zainal) dan sanggup menerima syarat 3 Temujanji Reana...
Pada mulanya Reana hanya mahu menjadikan Husein sebagi mangsa seterusnya...tetapi cinta mereka mula berputik selepas menjalani temujanji yang ke-2 dengan pelbagai "Surprise" yang dilakukan Mohsien kepada Reana...Setelah Reana tersedar yang dia sedang hanyut dengan percintaan, pelbagai cara yang telah dia lakukan untuk menghalang mereka melakukan temujanji yang ke-3...Akhirnya, temujanji yang ke-3 telah mereka lakukan apabila Mohsien mengajak Reana berjumpa dengan keluarganya...
Cerita bertambah sedih apabila mereka berpisah dengan masing-masing menyimpan perasaan tersendiri...Akhirnya pada hari pertunangan Mohsien dengan Ladyra, Reana berasa menyesal dengan prinsip hidup yang dipegang selama ini...
Apa yang aku "Type" ni belum habis lagi..kalau nak aku cerita sampai habis, tak "Suprise" la...nati cerita jadi tak "Best"...Apapun, tahniah kepada pengarah Hashim Rejab kerana berjaya mengarah cerita ni dengan baik...Untuk "Rating" cerita ni aku boleh bagi
4.5 bintang sebab macam yang aku cakap, aku bukanlah penggemar cerita romantik dan aku tengok cerita ni pun sebab aku minat gila kat Yana Samsudin ni...aku boleh cakap yang dia lebih "Cute" dalam cerita ni...
...najib zainal...
0 comments: