Filem : Ghost Rider - Spirit Of Vengeance
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ni aku hidup keseorangan...mak aku jaga adik aku kat hospital...bapak aku tolong mak aku jaga adik aku...jadi aku duduk sorang - soranglah kat rumah...bosan duduk rumah aku pun ambil keputusan keluar pergi Jusco...kalau dah sampai sana memang tak sah lah kalau tak tengok wayang...first aku fikir nak tengok cerita Adnan Sempit 2...tapi kawan aku nak tengok sama tapi lain hari....jadi aku pun pilih cerita Ghost Rider - Spirit Of Vengeance...
Ni buktinya...
Aku boleh cakap cerita ni "ok lah" tapi kurang menyengat pada permulaan cerita...aku terpaksa mengambil masa selama 5 minit untuk faham cerita ni...tidak seperti cerita Transformers (1,2 dan 3) ataupun Real Steel yang hanya perlu duduk dan layan...cerita ni lebih bosan dari "sequel" yang pertama sampai orang sebelah aku ni tidur siap berdengkur lagi...
Nicolas Cage as Johnny Blaze"Ghost Rider"
Pakcik aku ada cakap masa cerita yang pertama ditayangkan pada 2006 yang cerita kedua mesti ada guna kenderaan lain selain motor...betul kata pakcik aku...kali ni dia guna jentera yang besar dan ada pisau kat depan (aku pun tak tahu apa nama dia) dengan lori tentera...tapi dua benda tu dia guna sekejap jer...
Satu jer yang aku suka pasal cerita ni...iaitu penggunaan CGI yang boleh dikatakan lebih "upgrade" dari Ghost Rider yang pertama...tengkoraknya ada sedikit kematangan dengan api berserta dengan asap hitam...tidak macam cerita dia yang pertama...api jer takde asap...dalam cerita ni jugak dia baru dapat tahu tujuan sebenar dia jadi Ghost Rider...
Untuk cerita ni aku boleh bagi 4 dari 5 bintang...sebabnya cerita dia tak macam yang aku harapkan...bosan pada awal cerita dengan menyelitkan "scene" seperti dalam komik...motor dia lain dari cerita yang pertama (tiada tengkorak dekat depan motor)...tak banyak "scene" lawak...
...najib...
adnan sempit more enjoyable
ReplyDeleteadnan sempit lagi manyak syok ooh...!!!
ReplyDeletehang pi nengok pon boleh ketawa sampai terkleuar usus perut...ahahha!!!!