Filem : The Avengers
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ni aku rasa bosan sangat duduk rumah...so aku decide nak cari sesuatu yang boleh menghiburkan aku...Tanpa dirancang aku terus ke Jusco dan terus ke kaunter tiket dekat TGV Cinema...pada mulanya aku nak tengok cerita Battleship tapi tiket paling awal pukul 6.20 p.m. ...Jadi aku dapat tiket The Avengers 3D untuk tayangan pukul 3.00 p.m. ...
Pada awal cerita..sangat "slow" dan membosankan , untung watak yang bernama Tony Stark membuatkan cerita ini lebih menarik...Seperti semua sedia maklum , The Avengers merupakan sebuah cerita yang menggabungkan kesemua watak keluaran Marvel...untuk memahami cerita ni , kita perlu menonton kesemua cerita yang berkaitan seperti Thor , Captain America dan watak2 yang lain...Kalau kita terlepas satu daripada cerita contohnya cerita Captain America , kita akan ditayangkan semula sejarah kisah dia...korang tak perlu risau...
Ceritanya bermula daripada sebuah kiub yang mempunyai kuasa yang boleh menakluki bumi (aku pun susah nak sebut benda tu)...Watak jahat yang ingin memerintah Bumi ialah Loki , dia adalah abang kepada Thor...Nick Fury adalah watak dimana dia menggabungkan watak adiwira dunia ke dalam pertubuhan yang dinamakan S.H.I.E.L.D...
Cerita mula menjadi menarik pada pertengahan apabila Dr. Bruce Banner yang disuruh menjejaki kuasa kiub tersebut dan tidak dibenarkan memasuki peperangan bertukar ganas semasa diserang oleh orang suruhan Loki...Pertempuran berlaku di tengah Bandaraya New York dan orang suruhan Loki dari angkasa lepas turun ke bumi untuk menjayakan misi Loki iaitu memerintah Bumi...
Kesan khas 3D tak berapa banyak pada awal cerita dan kesannya boleh dilihat pada waktu mereka bertempur sahaja...aku boleh nyatakan filem ni mempunyai kesan 3D yang banyak berbanding daripada filem yang aku tonton dahulu seperti Transformers 3 , Ghost Rider 2 , dan Puss In Boots...
Memandangkan filem ini baru sahaja ditayangkan dan akan ditayangkan pada 4 May 2012 di U.S ...Aku syorkan supaya korang tengok cerita ni dan ianya memang berbaloi kerana ada "scene" lawak yang teramat tidak seperti filem Ghost Rider 2 yang sangat membosankan...Untuk "rating" bagi cerita ni aku boleh bagi 4.5 dari 5 sebabnya ia membuatkan aku bosan pada awal cerita...Ini sahaja yang aku boleh nyatakan untuk cerita The Avengers...
WATAK2 THE AVENGERS
Robert Downey Jr. as Tony Stark / Iron Man
Chris Hemsworth as Thor
Chris Evans as Steve Rogers / Captain America
Scarlett Johansson as Natasya Romanoff / Black Widow
Mark Ruffalo as Dr. Bruce Banner / Hulk
Jeremy Renner as Clint Barton / Hawkeye
Samuel L. Jackson as Nick Fury
Tom Hiddleston as Loki
...najib zainal...
0 comments: