From My Lens : Hangout With My Cousins.

11:16 PM Najib Zainal 2 Comments


Assalamualaikum dan apa khabar....


      Kepada sepupuku Siti Hajar and Aida Syahira...Sorry lambat upload picture ni...Aku busy nak belajar untuk dapatkan shot yang terbaik dari lens aku...Atas permintaan sepupuku yang bernama Siti Hajar...Ni dia picture korang yang kat Angsana tu...Cekidaut...





tak dapat beli..dapat ambil gambar pun jadilah...

2 orang kanak-kanak yang happy dapat ballon..hahaha..





Aku harap dapat jumpa korang lagi...
Koranglah sepupu aku yang paling "ngam" skali...
Love you both..
..najib..








2 comments:

Renungan : Gerhana Bulan 10.12.11

10:59 PM Najib Zainal 1 Comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera....


    Semalam terjadinya satu fenomena yang dinantikan oleh aku dan juga semua manusia di muka bumi ini.Gerhana bulan,inilah kali pertama aku dapat lihat sendiri terjadinya gerhana.Sebelum ni aku cuma tengok kat You Tube jer.Betapa gembiranya aku apabila penantian selama 4 tahun ni berjaya.Walaupun awan tebal pada mulanya,aku dapat lihat bulan tu masuk ke dalam bayang2 bumi pada pukul 8.30...Masa tu baru sikit tapi pada pukul 10.30,ianya memang cantik...apa pun korang cekidaut dulu video ngan gambar kat bawah nie...






thank to geng FB aku yang share picture nie kat FB dia


Besar sungguh keagunganNya...segala yang diciptakan ada hikmahnya
semoga kita diberkati Allah..
Amin Ya Rabbal Alamin.

...najib...

1 comments:

Santai : Nikmatilah....

10:49 PM Najib Zainal 0 Comments


Assalamualaikum dan apa khabar semua...




Apa yang aku nak cakap ialah...
Hidup Ini Umpama "Ice Cream"
So,
Nikmatilah Ia Sebelum Habis


...najib...

0 comments:

Filem : Ombak Rindu

12:54 AM Najib Zainal 1 Comments


Assalamualaikum dan apa kahbar semua....


       Akhirnya dapat jugak aku menonton filem Ombak Rindu setelah seminggu ditayangkan di pawagam.Terima kasih la kepada kawan aku sorang ni yang sanggup belanja aku.Pada mulanya aku tak berapa nak tengok sangat cerita ni sebab aku bukan penggemar cerita romantik.Tapi selepas cerita ni masuk pada hari ke-2 tayangan,aku tengok status2 kat FB semuanya tulis pasal cerita ni.So aku pun decide nak tgk cerita yang menjadi perbualan ramai dan menjadikan tiket "SOLD OUT" pada setiap hari di mana2 pawagam.


        Cerita ni boleh la tahan sebab gerak filem berada dalam ruang yang sederhana,tidak terlalu pantas dan tidak terlalu perlahan serta mudah difahami jika dibandingkan dengan filem Nur Kasih The Movie yang penuh dengan tragis.


         Cerita ni mengisahkan Izzah(Maya Karin) seorang gadis kampung yatim piatu yang dijual bapa saudara untuk dijadikan pelacur.Lelaki pertama yang menidurinya ialah Hariz(Aaron Aziz),seorang usahawan muda pewaris syarikat ternama.



          Kerana simpati dengan Izzah yang merayu supaya dibawa pulang,Hariz membeli wanita itu untuk dijadikan sebagai orang suruhan.Izzah juga memohon agar mereka berkahwin dan berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri,asalkan perhubungan mereka halal di sisi agama.

Hariz dan Izzah terpaksa bernikah secara senyap2

          Keikhlasan Izzah melembutkan hati Hariz,tetapi ketika cinta mula berputik,mereka berdepan dilema.Hariz bakal disatukan dengan Mila Amylia(Lisa Surihani),seorang pelakon popular yang juga rakan sepermainannya sewaktu kecil.Pernikahan rahsia Hariz dan Izzah juga dihidu ibu Hariz yang bongkak,Datuk Sufiah(Azizah Mahzan).




               Aku menganggap cerita ni sebuah cerita yang berjaya walaupun pengarahnya ada memansuhkan beberapa watak dan situasi tetapi ianya tidak menjejaskan jalan cerita,malah ia menjadi lebih ringkas dan realistik.Dalam cerita ni juga korang boleh tengok Aaron Aziz menagis tanpa menggunakan "EYE MO".Susah beb nak tengok gangster ni menangis.




                     Maya Karin berjaya membawa watak Izzah dengan sempurna.Dia membuatkan kita lupa siapa Maya yang sebenar dan percaya apa yang ditonton itu ialah Izzah.Watak Izzah mungkin kelihatan membosankan secara lisan.Tetapi Maya Karin berupaya memberikan dimensi melalui pertuturan,riak wajah dan bahasa matanya.

                     Syabas juga kepada Lisa Surihani yang berani mencabar kebolehannya melalui peranan Mila Amylia.Lakonannya mewakili fitrah manusia yang angkuh dengan status dan dilanda amarah apabila gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati.





                  Apa-apa pun tahniah kepada Osman Ali yang berjaya mengembalikan semula filem romantik di Malaysia.Untuk filem ni aku akan bagi 4.5 bintang dari 5 bintang sebab dia tak berjaya membuatkan aku menitiskan air mata.Walaupun aku tak menitiskan air mata,aku tetap terhibur apabila menonton filem ni.

...najib...
                  

1 comments: