Filem : Snow White and The Huntsman
Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
"Mirror Mirror on the wall , what movie is the best of them all"....Sudah tentulah filem Snow White and The Huntsman...aku sebenarnya memang tidak berniat untuk menonton filem ni..tetapi apabila sepupu aku cakap yang cerita ni "best" aku pun pergilah...
Sebenarnya aku nak tengok cerita ni pada 16 Jun 2012...tetapi pada hari aku nak beli tiket..cerita ni telah di"mark" merah sebagai tanda "Sold Out"...jadi aku pun pilih 17 Jun 2012 untuk tonton cerita ni...
Cerita Snow White and The Huntsman ni tidak seperti cerita Snow White yang korang pernah baca buku ceritanya atau mak korang pernah ceritakan atau cerita kartun yang diterbitkan oleh Walt Disney Picture...cerita Snow White kali ni lebih kepada pengembaraan...
Kristen Stewart sebagai Snow White
Walaupun cerita ini diubah hampir 65 peratus...tujuan cerita asalnya masih sama dengan cerita yang pernah korang dengar iaitu kejahatan Permaisuri yang sentiasa inginkan kecantikan yang abadi...dan buah epal merah sekali lagi menjadi bahan utama untuk meracuni gadis bernama Snow White...
Ceritanya bermula dengan kelahiran Puteri Raja yang diberi nama Snow White(Kristen Stewart) dan pada usianya yang masih mentah , ibunya pula meninggal dunia..Kerajaan yang diketuai oleh bapa Snow White telah diancam oleh kuasa luar yang ingin berperang...setelah kesemua musuh tumpas , Raja menemui seorang banduan wanita lalu membebaskan wanita tersebut dan mengahwininya...
Charlize Theron sebagai Reveana / Evil Queen
Kalau aku cerita , korang boleh faham sebab permulaan , dan ada sedikit babak di pertengahan cerita sama dalam buku...yang lainnya adalah Snow White melarikan diri ke Dark Forest yang menyeramkan...oleh kerana Evil Queen(Charlize Theron) mendapat tahu yang darah Snow White mampu memberikan kecantikan abadi kepada dirinya...dia menyuruh seseorang yang digelar Huntsman(Chris Hemsworth) pergi mencari Snow White...
Chris Hemsworth sebagai Huntsman
Kalau dalam buku...Snow White yang mati akibat makan buah epal beracun akan hidup semula selepas dicium oleh Putera Raja...tetapi dalam cerita kali ini , Snow White hidup kembali selepas dicium oleh Huntsman...dan watak yang tidak boleh dilupakan adalah 7 orang kerdil sebagai pelengkap cerita...
Di akhir cerita...Snow White menggunakan kuasanya sebagai waris sah pemerintahan dan mengetuai pasukan tentera untuk menyerang istana yang didiami Evil Queen...dalam cerita ini juga , Snow White sahaja yang mampu membunuh Evil Queen untuk menamatkan pemerintahannya...akhirnya Snow White telah dimahkotakan sebagai Permaisuri yang sah...
Cerita ini tidak rasa bosan untuk ditonton kerana jalan ceritanya penuh dengan pengembaraan dan aksi...aku boleh katakan cerita ni sama seperti cerita Lord Of The Ring (Trilogy) cuma ianya lebih kepada dongeng...apapun , cerita ni memang terbaik dan aku akan bagi "rating" sebanyak 5 bintang...kalau korang nak tengok cerita ni , masih ada peluang lagi seminggu rasanya..kalau dah tak tayang kat pawagam ,beli jer DVD...pastikan yang "Original" tau..
...najib zainal...
0 comments: